Jumaat, 19 Februari 2010

Percutian Di Cameron Highland

Klik Sini Untuk Lihat Lebih Banyak Gambar.

13 Feb 2010 seawal jam 4.15 pagi kami 3 beranak telah bertolak ke Cameron Highland. Bukan kami saja kesana, malahan uncle is juga turut bersama kami . Perjalanan amat lancar pagi itu dari tol kempas hinggalah ke tol sg. Besi. Dalam perjalanan kami, kami hanya singgah sarapan pagi di R&R Machap, dan juga R&R Seremban.

Perjalanan yang kami sangkakan berjalan lancar rupanya hanya separuh jalan saja. Bila sampai di kawasan Sg. Buluh, kerandaan kami mula bergerak perlahan, hanya 20 km/jam saja, disebabkan keadaan jalan yang jemm giller. Keadaan ini berlarutan sampai ke Tapah, dimana kami akan ke Cameron melalui laluan ini.

Keadaan selesa selepas tol Tapah, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Pendakian kami berjalan lancar, walaupun masing-masing terlalu lapar, sebab tak makan lagi. Maklumlah perjalanan yang berbelok-belok pasti ada yang mabuk. Kesihan Akhil, dia muntah 2 kali sebab mabuk dengan keadaan jalan. Habislah baju ibu basah sebab terkena muntah Akhil yang banyak.

Alhamdulillah perjalanan hampir 11 jam merempuh jem jalan raya, dan sebagainya akhirnya kami sampai ke Cameron Highland. Perjalanan kami di teruskan ke Strawberry Park Resorts, di mana tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam, disana.

Suasana persekitaran resort tempat kami menginap memang best, yelah kawasannya yang terletak di atas bukit, memang sejuk. persekitarannya pun cantik dengan pemandangan keindahan alam semula jadinya. Tak lupa sarapan pagi yang disediakan memang best.

Bagi kami percutian kali ini memang seronok. mungkin tidak la untuk uncle is, sebabnya percutian tidak seperti apa yang di rancang, sebabnya intan demam, dan uncle is terpaksa membawa ibu mertuanya yang sakit, sebab tiada siapa menjaganya.

Kebetulan Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 14 Februari, bersempena Hari Kekasih (Velentime Day). Kali ini banyak juga tempat-tempat menarik yang kami pergi di sana. Kami singgah ke Taman Rama-Rama, Ladang Teh, Ladang Strawberry dan sebagainya... memang seronok.

Tak ketinggalan tempat yang tak boleh dilepaskan kalau ke sana ialah Pasar Malam Berincang. Kat sana memang meriah, terdapat bermacam-macam makan, kuih muih dan sebagainya yang boleh dibeli. disamping membeli strawberry kering & madu asli.

15 feb. adalah hari terakhir kami di sana. Kami meninggalkan tanah Cameron lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Dalam perjalanan menuruni lereng Cameron Highland kami sempat juga singgah gerai-gerai orang asli tepi jalan, sempat juga membeli petai.

Sampai di KL kami pun berpecah kerana uncle is terus balik ke JB, manakala kami meneruskan percutian kami ke Kampung Bukit Kapar, Klang untuk berjumpa Nenek Pesah dan Atuk Saibani. Akhil pun dah lama tak balik kesana kan.

Itulah saja cerita percutian kami, kali ini.. sampai jumpa lagi.

0 ulasan:

Sembang - Sembang